Followers

Sunday, 13 March 2011

Hargai Sebelum Terlambat


Hari ni aku nak cite pasal kawan aku. kawan aku ni sayang sangat kat family dia, lagi-lagi mak dia. tiap-tiap minggu mesti nak balik umah, lepak & habiskan masa dengan keluarga. tak macam aku, lagi suke lepak kat UKM, jalan-jalan dengan kawan @ dating.

Kawan aku ni memang sume benda die pentingkan keluarga dulu. family first. kalau kitorang lepak-lepak cite pasal family, dia la yang happy cerita.



Baru-baru ni, mak kawan aku tu meninggal mengejut sebab sakit jantung. takde tunjuk tanda-tanda, pergi macam tu saje. da kuasa Allah kan? sape boleh halang. mula-mula, aku tak dapat pengajaran lagi dari apa yang berlaku kat kawan aku. tapi lama-lama aku mula terpikir, taknak menyesal satu hari nanti. 

Sebulan lepas mak kawan aku tu meninggal, kawan aku tu start masuk kelas balik. tapi dia jadi pendiam. pendiam sangat. aku da mula risau. nak ceriakan keadaan. tapi kadang-kadang, aku terlepas cakap.

Aku bukan memeriahkan keadaan, lagi merosakkan keadaan ada la. kesian kawan aku tu. 

Sebab tu aku mula pikir, macam mana kalau aku jadi macam kawan aku. da la aku ni jarang balik rumah. kawan aku yang selalu balik rumah tu pon da sedih sangat-sangat. ini kan pulak aku. mesti aku akan hidup dalam keadaan yang menyesal tak sudah sebab masa mak ada, aku tak nak hargai.

Sejak dari tu, tiap-tiap minggu aku balik rumah, tolong mak aku. lantak la orang nak cakap aku anak mak ke, homesick ke. yang penting aku buat benda yang betul.

kepada kawan aku tu, jangan sedih-sedih. kau da buat yang terbaik untuk arwah mak kau. aku yakin mesti mak kau bangga dapat anak macam kau. teruskan hidup demi adik-adik kau. aku sebagai kawan sentiasa ada untuk kau, walaupun tak banyak membantu, tapi aku akan cuba tolong jugak setakat yang aku mampu.

p/s : hargai la ibu kita sebelum terlambat




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

14 comments:

Henry Zackery said...

takziah kpd beliau

Gambar Artis Tanpa Make Up

storyfromme said...

henry : tq.

Ayu said...

Takziah buat ibu kawan adik tue...congrats sebab buat the Right thing, I'm proud of you, dear!yayansmum ni lagi sedey taw...mak ayah jauh, nun di sana,nak jumpa setahun sekali pun payah, :( Tapi, sekarang ni kan technology dah canggih, macam2 boleh buat...nak seribu daya...tul tak?^_^

PARENTS TERBAIK????

merahitujambu said...

setiap yang hidup pasti akan pergi...jadi kita kena jg hati kawan..


*jom tgok perniagaan baru sy...mana th berkenan

storyfromme said...

yayansmum : tq kak :)

merahitujambu : nanti sy review blog kamu ye.kalo berkenan saya beli :)

KaK LimAh Si SupiR said...

btl 2 story..bgs kalo story dh pk n bwat bnde yg btl

jgn tlmbt mcm kak limah:( kak limah phm sgt perasaan kwn story..sb dlu kak limah plg rapat dgn mak kak limah:(

same2 lh kite sedekah alfatihah kt mak kwn story..mak kak limah juge n semua umat islam

ika zulaikha said...

huhuhuhu............
bagosnye kwn tu..
sian die...so kite sbg anak kne hargailah slagi ibu bapa masih hidup...

HEROICzero said...

takziah buat kawan kamu. aku respek. dia anak yang baik. =)

Anonymous said...

sedih nye cmnni. T___T

storyfromme said...

kak limah :
sorry la kalo entry ne buat kak limah sedih.cuma nak bagi pengajaran pada yang masih berpeluang.al-fatihah untuk arwah mak kak limah.

ika :
hargai semasa ada supaya tak menyesal di kemudian hari.

hero :
die memang anak yang baik.

i am :
xmo sedey2 je.sambil2 tu amek pengajaran dari cite ni.

cik nanie said...

lar... sedey nye... hope dia tabah terima semua tuh. takziah.
pada yang still ada ibu or orang kesayangan, hargai la dia sementara dia masih bernafas... :)

storyfromme said...

SH : terima kasih :) hargai sebelum terlambat.

regreatnosoul said...

ye mak n apak kita kena hargai.tanpa dieorang sapela kita...
Lagipun macam mak ni hati dia sangat sensitif..yela dia yang ngandungkan kita dekat sepulh bulan bayangkan betapa azab nyer...hargai selagi mak n apak masih hidup...

Feel With Art :)

storyfromme said...

regreat : betul tu.balas balik jasa dorang dengan hargai dorang.