Followers

Thursday 31 March 2011

Happy Birthday


1 APRIL 1986
Tarikh di mana seorang lelaki dilahirkan. 
Dia lah kawan
Dia lah musuh
Dia lah tempat melepaskan tension
Dia lah raja di hatiku *jiwang*

Happy Birthday Sayang
muka mintak pelempang

Happy Birthday
Doakan kami supaya cepat kahwin ye :)

KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday 30 March 2011

Facebook


Fenomena facebook ni memang meluas ke seluruh dunia. bak kata kawan aku
'sape takde facebook memang loser'. 

Facebook ni ade kebaikan dan keburukannya. tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal kebaikan dan keburukan facebook. aku nak cerita pasal kategori seseorang dalam facebook.

Pengguna facebook ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :
  • Artis
  • Biasa-biasa
  • Loneliness 


Kategori Artis 
banyak terima private message & notification
banyak terima friend request
Kalau yang kategori artis ni kita dapat tengok dari respon-respon status die.
Status die cuma tulis 'good night', pastu berpuluh-puluh orang komen.




Kategori biasa-biasa
notification, private message & friend request yang diterima kurang daripada kategori artis.

Yang kategori biasa pulak, respon terhadap status-status dorang ni biasa-biasa je. dan selalunya yang respon tu kawan rapat dorang je.



Kategori loneliness

takde notification langsung
Kategori loneliness ni tak tau nak cakap ape. dorang tulis la ape pon status dorang tapi tetap takde respon. 
Tension giler beb!

Bagi pendapat korang, korang ni terdiri dari kategori pengguna facebook yang mana satu?


KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Monday 28 March 2011

Aku Kan Abang #2


Hari ni aku nak cite pasal adik yang aku panggil abang tu lagi sekali.
Sape yang tak baca entry pasal adik aku ni yang part one punye, bole klik SINI.
Kali ni aku nak cite pasal satu lagi sifat adik aku ni yang aku bangga.
Die memang seorang yang berjimat-cermat. pandai simpan duit. pemurah pulak tu.
Nak aku tunjukkan contoh?
Meh baca kartun kat bawah ni :

Situasi 1 :


Situasi 2 :





Situasi 3 : 



Memang tabik spring la kat die. aku yang belajar dapat biasiswa ni pon still mintak duit kat mak dengan abah lagi. tak pernah terpikir nak belanje family macam die.
Aku sebagai kakak memang bangga dapat adik macam ni!

klik sini kalau rajin :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Saturday 26 March 2011

I'm The Best


I'm The Best adalah slogan atau terapi yang bagus untuk kembalikan keyakinan diri kita pabila kita hilang keyakinan diri. tapi selalunya slogan ni jarang digunakan oleh orang yang hidup secara bersederhana atau sentiasa merendah diri.

Slogan ni selalu digunakan oleh orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi atau kadang-kadang terlebih yakin. bila ini terjadi, boleh menyebabkan orang sekeliling dia merasa bengang atau geli mat takpun jadi bahan lawak dengan perangai dorang ni. 

Semua ni kita dapat lihat dalam uji bakat rancangan-rancangan realiti TV. bukan nak mengutuk, tapi pelik. 

Macam mane la orang yang tak berbakat ni boleh ade keyakinan diri yang tinggi untuk pergi uji bakat ni. da la masuk TV. confirm kena kutuk la kalau si mulut longkang tengok uji bakat tu.

pakcik ni yakin gigi die paling cantik di dunia

klik sini kalau rajin :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Friday 25 March 2011

Cerewet


Sejak kejadian yang berlaku kat kawan aku, aku makin rajin balik rumah tiap-tiap minggu. siapa yang tak tau ape kejadian tu boleh klik SINI.

Tapi bile balik tiap-tiap minggu ni, aku kene bersabar dengan perangai mak aku yang cerewet ni. memang biasa la perempuan cerewet, lagi-lagu bila umur da meningkat. tapi cube korang bayangkan kalau korang mengalami situasi di bawah :




Tension aku dibuatnye. sabar jela. tapi bukan aku sorang je yang kena. adik-adik  dengan abah aku pon tak ketinggalan. ni antara respon dari dorang dengan perangai cerewet mak aku tu :

Adik aku no 1 a.k.a. Abang


Adik bongsu a.k.a. Adik


Abah :


Hahaha...memang macam-macam respon. mula-mula memang kitorang bengang jugak la, tapi lama-lama kitorang da biasa. macam peribahasa kata
'alah bisa tegal biasa'.

Ditambah lagi dengan banyak pengorbanan mak pada kitorang. so,kitorang sabar jela.

Orang kate peratus untuk anak perempuan ikut perangai ibunya sangat tinggi. aku satu-satunya anak perempuan mak aku. so, aku ni akan jadi cerewet macam mak aku ke?



Aku nak perkenalkan blog kawan aku. baru jumpa semalam. sudi-sudi la terjah blog die dan support die.

klik sini kalau rajin :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday 24 March 2011

Kita Kawan Kan?


Kita kawan kan? kalau kawan, nape mesti nak touching-touching malampaui batas. relaks la beb. emo la kau ni.
Korang sume mesti ade kawan kan? tak kisah la kawan baik, kawan sekelas, kawan sebilik (roomate). korang pernah tak alami benda-benda ni dengan kawan korang? :

*abaikan bahasa kasar yang digunakan*

Faham tak ape aku cuba sampaikan? susah kan kalau dapat kawan yang emo ni. nak gurau-gurau pon susah. kita sesama manusia mesti ade buat kesalahan. kalau kawan kita tu buat benda yang menyakitkan hati kita, kita tegor la elok-elok macam kat bawah ni :


Hah! senang kan? tak yah nak putus kawan bagai. tak baik tau memutuskan hubungan silaturrahim. kita kalau nak berkawan, kena la belajar memaafkan. sebab kadang-kadang kita tak sedar yang kita jugak pernah menyakiti hati dorang.

p/s : 
aku nak mintak maaf kat kawan-kawan aku kalau ade terasa dengan aku. sumpah takde niat nak sakitkan hati korang!
entri ni lain sikit dari entry TEMPIAS. entry ni lebih kepada kawan yang emo 24 jam. tension ke, tak tension, tetap nak emo.





RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday 23 March 2011

Sedekah


Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk bersedekah. Macam yang kita tau kat Malaysia ni ramai peminta sedekah tak kira jantina dan umur. yang paling kesian pada budak-budak yang meminta sedekah.

Bila kes macam ni, korang mesti pernah alami atau terlihat situasi macam bawah ni kan? :

sifat buruk sangka
Tak dinafikan kadang-kadang aku pernah jugak bersifat buruk sangka macam kat atas. aku tau aku jahat suka berburuk sangka. tapi aku takde la tergamak nak buat macam kat bawah ni :


Kalau aku tak dapat bersedekah, aku akan cube tolak elok-elok macam kat bawah ni 

senyum itu sedekah

Tapi dalam kes kat bawah ni, kite nak salahkan siapa?





RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday 22 March 2011

Dulu Sekarang


Assalamualaikum,
Semalam mase tengah-tengah buang masa termenung, aku terpikir yang sekarang ni macam-macam yang dah berubah. kadang-kadang tu kita sendiri tak sedar dengan perubahan tu. 

Ni antara senarai perubahan dulu dan sekarang :

DULU
kalau aku makan roti hiro yang beli dari babu tu 2 bungkus pon da kenyang tapi
SEKARANG,
aku makan 10 bungkus pon tak confirm kenyang. roti die da kecik giler. comel je.


DULU
mak bapak boleh shopping sakan tanpa menghiraukan anaknya bermain-main kat tempat permainan yang disediakan kat dalam shopping mall tu tapi
SEKARANG,
cube la lepaskan anak macam tu je. confirm nanti ade pengumuman anak hilang, masuk berita, jumpa mayat anak. seram giler zaman sekarang ni. cuai sikit, terus dapat mayat anak.

DULU
ramai keluarga yang bawa anak berkelah kat taman tasik titiwangsa bila hujung minggu tapi
SEKARANG,
aku tengok banyak couple-couple dengan orang asing yang berkelah kat situ sambil buat wayang percuma.

DULU
bila cuti hujung minggu atau cuti sekolah je kita mesti habiskan masa dengan melawat saudara atau pegi bercuti kat PD dengan saudara ramai-ramai tapi
SEKARANG,
nak jumpa saudara setahun sekali time raya je.

DULU
orang yang boleh kita percaya adalah saudara sendiri atau adik beradik sendiri tapi
SEKARANG,
banyak kes gunting dalam selimut. adik beradik bunuh sesama sendiri. kejam!

Apa pendapat korang dengan kes dulu sekarang ni? ape punca utama perubahan ni?

klik bawah ni kalau rajin :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Monday 21 March 2011

My Mum



Hari ni aku nak cerita tentang orang yang mengandungkan aku 9 bulan, sape lagi kalau bukan makhluk Allah yang diberi gelaran ibu. setiap orang ada panggilannya tersendiri untuk ibu dorang. kalau aku, aku panggil mak. korang panggil ape?


Tak kira la apa jugak panggilan kita, da tertulis dalam Al-Quran, ibu adalah orang yang patut kita patuhi selepas Allah dan Nabi. tak kira la mak kita lawa ke, buruk ke, kaya ke, miskin ke, dorang tetap yang utama.

Aku dengan mak aku memang takleh lepak lame-lame. ade je benda yang nak dikelahikan. mak aku ni jenis suka kacau aku kalau aku tengah senyap. pantang nampak aku senyap, mula la die kacau.contohnya :

1. Mase tengah syok2 tengok movie/DVD.




2. Mase tengah syok2 online.


3. Bila aku da malas nak layan



Tension kan? suke sangat kacau aku. mula-mula aku pikir kalau aku masuk U mesti die da tak leh nak kacau aku. tapi harammmmm....








nampak tak? nampak tak? tension kan?

Lagi satu yang buat aku hangin bila kitorang terserempak dengan kawan-kawan dia. mesti situasi macam ni akan berlaku :


Aku tak tau kenapa orang suka cakap aku ni adik mak aku. tak paham!

Tapi aku tak tau kenapa kalau mak aku tak kacau aku, aku rasa sunyi. rindu kot ;p

Walau macam mane dia nyakat aku, dia jugak la tempat untuk aku menghilangkan tension. bila da duduk U ne, macam-macam masalah. kadang-kadang rasa nak nangis. da habes air mata satu baldi pon tak tenang lagi. last-last aku balik rumah, tengok muka mak, lupa sume masalah. sape tak sayang mak kan? aku tak pernah terasa hati dengan mak aku walaupun kadang-kadang aku rasa cam nak karate-karate je mak aku tu. sebab aku tau dia sebenarnya sayang sangat kat aku. dia risau bila tengok aku senyap je. die selalu telefon aku sebab dia rindu kat aku.



Kesimpulannya, to my beloved mak, I LOVE YOU SO MUCH.


p/s : hati sakit disebabkan benda remeh. such a loser aku ni!


Kalau rajin, klik la bawah ni :)

RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)