Hari ni aku nak cerita tentang orang yang mengandungkan aku 9 bulan, sape lagi kalau bukan makhluk Allah yang diberi gelaran ibu. setiap orang ada panggilannya tersendiri untuk ibu dorang. kalau aku, aku panggil
mak. korang panggil ape?
Tak kira la apa jugak panggilan kita, da tertulis dalam Al-Quran, ibu adalah orang yang patut kita patuhi selepas Allah dan Nabi. tak kira la mak kita lawa ke, buruk ke, kaya ke, miskin ke, dorang tetap yang utama.
Aku dengan mak aku memang takleh lepak lame-lame. ade je benda yang nak dikelahikan. mak aku ni jenis suka kacau aku kalau aku tengah senyap. pantang nampak aku senyap, mula la die kacau.contohnya :
1. Mase tengah syok2 tengok movie/DVD.
2. Mase tengah syok2 online.
3. Bila aku da malas nak layan
Tension kan? suke sangat kacau aku. mula-mula aku pikir kalau aku masuk U mesti die da tak leh nak kacau aku. tapi harammmmm....
nampak tak? nampak tak? tension kan?
Lagi satu yang buat aku hangin bila kitorang terserempak dengan kawan-kawan dia. mesti situasi macam ni akan berlaku :
Aku tak tau kenapa orang suka cakap aku ni adik mak aku. tak paham!
Tapi aku tak tau kenapa kalau mak aku tak kacau aku, aku rasa sunyi. rindu kot ;p
Walau macam mane dia nyakat aku, dia jugak la tempat untuk aku menghilangkan tension. bila da duduk U ne, macam-macam masalah. kadang-kadang rasa nak nangis. da habes air mata satu baldi pon tak tenang lagi. last-last aku balik rumah, tengok muka mak, lupa sume masalah. sape tak sayang mak kan? aku tak pernah terasa hati dengan mak aku walaupun kadang-kadang aku rasa cam nak karate-karate je mak aku tu. sebab aku tau dia sebenarnya sayang sangat kat aku. dia risau bila tengok aku senyap je. die selalu telefon aku sebab dia rindu kat aku.
Kesimpulannya, to my beloved mak, I LOVE YOU SO MUCH.
p/s : hati sakit disebabkan benda remeh. such a loser aku ni!
Kalau rajin, klik la bawah ni :)
RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)