Followers

Friday, 29 April 2011

ADUH,SEDAPNYE KENA ROTAN KAT PUNGGONG


Ni first time aku join segmen sejak jadi blogger ni. aku agak tertarik nak join sebab tajuk segmen die menarik dan kelakar. buat aku mengimbau kenangan lalu. cewah!

Segmen rotan ni dibuat oleh BUDAK KAMPUNG :


Jawapan untuk soalan-soalan dari budak kampung ni :

1. BILE KORANG KENA ROTAN?

Aku first time and last time kena rotan masa form 3.

2. SEBAB APE KENA ROTAN?

Aku kena rotan sebab tak buat keje sekolah matematik yang cikgu aku bagi. memang sedih sebab matematik tu mata pelajaran favourite aku. sampai hati cikgu tu layan aku camne. sob3 :'(

3. SIAPA YANG MEROTAN KORANG?

Cikgu displin yang rotan. Ganas kan? first time kena rotan, terus jumpa cikgu displin. kalau kena rotan dengan cikgu mata pelajaran takpe gak.

4. KESAN DARI ROTAN TERSEBUT?

Kesan dari rotan tu, tangan aku berbirat pastu aku nangis masa otw balik ke kelas dari bilik displin. sume orang pandang. aku da tak pikir malu da. terkilan sebab kena rotan sebab tak buat keje sekolah mata pelajaran favourite.



5. BEST TAK?

Bila pikir balik, best la jugak sebab lepas tu aku terus rajin buat homework. sebenarnya pon sakit pon kena rotan tu. aku je yang cengeng. hik3 :D

Kalau dulu kes rotan merotan kat sekolah ni memang takde hal. parents siap bagi green light kat cikgu untuk rotan atau denda anak dorang kalau anak dorang bersalah.

Tapi sekarang......


Korang pulak camne? ape pengalaman kena rotan korang. jom la kita kongsi-kongsi.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal :)




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 28 April 2011

Happy Ke?


29 April 2010, hari ni, di saat ini, aku nak cakap yang aku

DA HABIS EXAM!!!

Seronoknya tak payah cakap la. memang rasa nak jerit satu dunia. 

Kenapa aku happy lebih-lebih? macam la aku sorang je yang da habes exam. ok, aku tau aku ni terlebih sudah tapi sape tak happy kalau kita tak payah belajar, tension-tension pasal tutorial, assignment bagai selama 10 bulan.

Lepas ni aku cuti sebulan, awal bulan 6 start praktikal sampai akhir bulan 11.

Lepas ni aku da masuk ke alam pekerjaan untuk 6 bulan. seronok beb! aku tak pernah bekerja even kerja sambilan. loser kan aku?

Tapi bila dipikirkan balik, lepas ni akan duduk dengan family kat gombak selama 10 bulan, maknanya aku akan jarang jejakkan kaki kat bangi ni. tak boleh dating seminggu 3 @ 4 kali macam dulu lagi. kesian kat cik abe aku, tinggal sebatang 'kera' la die kat bangi ni 10 bulan. lepas ni aku dengan die dikira bercinta jarak jauh. *jauh ke?*

Bercinta jarak jauh? ramai yang cakap peratus percintaan jarak jauh ni nak berjaya memang rendah. lagi-lagi kitorang ni memang selalu jumpa, kalau seminggu tak jumpa alamatnya perang dunia versi manja-manja la. pastu touching-touching, sedih-sedih layan lagu Selena Gomez 'A Year Without Rain'





Hmmm..takpe-takpe. pasti ade jalan penyelesaiannya. takde masa nak pikir sebab nak kemas barang nak balik rumah. lepas ni aku akan jadi penduduk tetap gombak selama 10 bulan. kepada penghuni bangi, jangan rindu aku. aku akan kembali 10 bulan akan datang.

p/s : ade sape-sape nak tolong angkat barang aku yang banyak dan berat ni tak?
thanks kat aniswany  dan fyqa yang rindu kat fad. tak sangka ade jugak orang yang rindu :)


KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday, 19 April 2011

Suara Siapakah Itu?


Baru-baru ni aku ade tengok cerita Rio. Jalan cerita ok. Best. Sesuai untuk kanak-kanak macam aku ni. Nasib baik la cik abe aku pon masih ade sifat kanak-kanak nak tengok cerita kartun macam ni.





Masa tengah tengok cerita ni, tiba-tiba aku terpegun bila watak burung kecik warna kuning menyanyi. Sedap giler suara die. Menusuk hati beb!

Nama watak burung kuning ni Nico. Nico ni selalu dengan kawan die Pedro. apa yang aku tertarik dengan Nico ni sebab suara die, kecomelan die dengan topi penutup botol die tu. topi die tu pelbagai guna, die guna sebagai topi, gendang, senjata. macam-macam kan kegunaan topi die.


Siapa latar suara Nico ni?

Nico = Jamie Foxx


Serius aku cakap suara die merdu. kalau nyanyi lagu romantik memang layan la!

Jom layan suara si Jamie Foxx ni :

suara Anne Hathaway pon boleh tahan gak

Kan bagus kalau cik abe aku suara merdu macam Jamie Foxx ni. tiap-tiap malam aku gayut dengan die suruh die dodoikan aku sampai aku tido.

p/s
sejak akhir-akhir ni banyak widget aku tambah kat blog ni. nak tanya pendapat korang, blog aku ni berat tak? lambat loading tak? kalau berat, aku buang je widget-widget ni.

KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Monday, 18 April 2011

Word Verification


Ape tu word verification? 

Word verification ni kita hanya boleh jumpa bila kita nak komen kat entry blog, 
benda ni akan keluar. 

google pic

Word Verification ni digunakan untuk menghalang blog anda dari menerima komen-komen yang berbentuk iklan. atau komen-komen yang automatik dari software tertentu.

Tapi word verification ni ade jugak kelemahannya iaitu akan membuatkan orang jadi malas nak komen kat blog kita sebab ia menyusahkan blogger tersebut dan membazir masa blogger tu untuk tunggu loading blog anda. bukankah komen dari blogger lain kat blog kita tu benda yang penting dalam dunia blog? blogger mana yang tak suka orang komen entry dia? 

So, semua bergantung pada korang sebagai tuan blog samada nak guna atau tidak word verification ni? kalau tanya pendapat aku, aku lagi suka komen kat blog yang takde word verification. 

Kalau anda tak nak guna word verification, ikut step di bawah :

DASHBOARD  >  SETTINGS  >  COMMENTS  >  

SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS?  >  NO  >  SAVE SETTINGS


KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Friday, 15 April 2011

Dulu Sekarang #2


Sebelum ni aku pernah buat senarai perkara-perkara yang berubah dulu dan sekarang. pada siapa yang belum baca boleh klik SINI.

Ni sambungan dulu dan sekarang yang lain. 

DULU
aku hanya dibenarkan keluar dengan kawan bila umur aku da 16 tahun. tu pun keluar dengan kawan perempuan je, tapi
SEKARANG,
bersepah budak-budak sekolah rendah keluar dating. peh, mantap dorang ni.


DULU 
ramai yang menggunakan teksi untuk bergerak ke mana-mana, tapi
SEKARANG,
perangai kebanyakan pemandu teksi yang menipu dan gila seks membuatkan orang takut nak naik teksi.


DULU
semua parents bagi 'green light' kat cikgu sekolah untuk belasah anak die masa mengajar, takde pon kes anak murid mati dibelasah, tapi
SEKARANG,
undang-undang da larang cikgu sekolah menjentik anak murid tapi kenapa ade kes anak murid mati dibelasah cikgu?


DULU
ramai je yang boleh hidup/survive tanpa internet, tapi
SEKARANG,
ramai yang merungut tak boleh hidup tanpa internet (aku pon termasuk dalam golongan ni)



KLIK HB SUPAYA TUAN BLOG JADI KAYA :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 14 April 2011

Psycho Ke Aku?


Hari tu aku ade terbaca entry kawan aku pasal cerita The roommate ni. first time tengok trailer  die da jatuh cinta. cerita ni pasal kawan yang psycho. korang penah ade kawan yang psycho? camne korang berhadapan dengan kawan yang psycho? aku memang suke gile tengok cite thriller macam cite ni.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal cite ni, baca kat blog kawan aku NI.

Nuffnang pon ade bagi tiket free tapi aku da terlambat nak join. nampak gayanya kena tengok bulan 5 lepas habis exam ler.






KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday, 13 April 2011

Disaster


Yesterday was our 11 months anniversary but i ruin it.

Sorry my dear. i really love you.

Thanks for supporting me and always there for me.

p/s : jiwa kacau


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday, 12 April 2011

Aku Pelajar UBM


UBM? pebende tu? UBM stands for Universiti Blogger Malaysia



kelayakan yang ada untuk memohon :
  • ade blog
  • warganegara Malaysia


senang kan? semua orang boleh mohon tak kira jantina dan umur.

kebaikan join UBM :
  • naikkan trafik 
  • ade assignment setiap minggu 
  • tambah kenalan
  • lebih sistematik

bila korang join UBM ni, UBM akan beri assignment kat korang setiap minggu. bagus untuk blogger-blogger yang selalu takde idea untuk update blog. bila join UBM ni, at least korang ade entry untuk diupdate setiap minggu. takde la blog korang ni berhabuk. betul tak?

so ape lagi? jom la join UBM ni. senang je. klik button follow automatik korang diiktiraf sebagai student UBM. pada sapa-sapa yang nak join klik SINI.

Cukup dengan entry promote UBM, sekarang aku nak selesaikan assignment pertama aku.

NAMA & NAMA BLOG

Nama aku Nor Fadhilah. aku lagi selesa orang panggil aku FAD.
Nama blog aku Story From Me

SEJAK BILA MULA BERBLOG

Aku mula berblog pada 6 MAC 2011. baru 1 bulan 7 hari umur blog aku ni. 

Daisypath Friendship tickers

PANDANGAN MENGENAI DUNIA BLOG DARSAWARSA

Kalau nak dibandingkan dengan zaman awal-awal blog ni, memang banyak berubah. banyak cabaran dalam dunia blog sekarang dengan masalah cik anon, copy paste entry, macam-macam lagi. aku harap dunia blog ni akan kembali aman macam dulu-dulu.
Aku nak berblog dengan aman dan damai.

PANDANGAN MENGENAI IPTM PERTAMA (UBM)

Bila dengar je pasal UBM, aku terus cakap
'wow, macam sistematik je buat universiti bagai ni'
siap bagi assignment setiap minggu, sesuai untuk blogger baru/hingusan macam aku ni yang selalu takde idea nak update blog. 


Ok, selesai sudah tugasan pertama aku sebagai student UBM.
assignment ni kena hantar sebelum jumaat ni. korang bila lagi?

Jom la join UBM

JADIKAN TUAN BLOG KAYA DENGAN KLIK HB DIBAWAH :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Sunday, 10 April 2011

Sebab Seluar Bocor


Masa tengah lepak-lepak tengok TV, mak aku yang tengah lipat baju merungut :


Aku sebagai kakak yang genius lagi comel bagi pendapat untuk kekeliruan mak aku tu :


-
-
-
-


HAHAHAHAHA!!!

Betul tak ape aku cakap? habis tu, ape lagi punca seluar kita koyak kat punggung kan?



RAJIN-RAJIN LA KLIK HB SUPAYA TUAN BLOG CEPAT KAYA :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Saturday, 9 April 2011

Banyak Tanya


Setiap hari jumaat pukul 9 malam, banyak movie-movie kat TV dan aku mesti tonton movie-movie ni kalau aku balik rumah. tapi masalahnya aku memang pantang kalau mak aku nak join sekali.

Mana taknya, kalau tengok movie dengan mak aku, korang kena sediakan jawapan yang bernas dan masuk akal untuk jawab soalan-soalan dari mak aku ni.

Ni antara situasi yang berlaku masa tengok movie dengan mak aku :

Awal-awal cerita



10 minit kemudian 




15 minit kemudian




Tapi jangan risau. benda ni takkan berlaku sampai ending cerita tu sebab selalunya 30 minit atau 45 minit kemudian mak aku akan....

serius, memang seronok tengok cerita kalau mak aku da tido.


Tapi jangan happy sangat, mak aku takkan berhenti bertanya. bersiap sedia la keesokan harinya. aku yang da biasa dengan perangai mak aku ni da sediakan jawapan yang bernas, logik dan berkualiti.





JADIKAN TUAN BLOG NI KAYA DENGAN KLIK HB DIBAWAH :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Friday, 8 April 2011

Virgin Coconut Oil



Virgin Coconut Oil? pebendanya tu? ubat untuk anak dara ke?




Bukan la.ni ubat untuk semua orang tak kira laki ke perempuan, dara ke teruna, tak dara ke tak teruna. fungsi utama ubat ni sebenarnya untuk seimbangkan hormon-hormon dalam badan kita. walaupun dia khas untuk hormon badan, tapi kesan dia dapat dilihat dengan jelas pada muka kita. VCO ni boleh menjadikan kulit kita cantik, tak berjerawat, tak berminyak & tak kering. jadi flawless dan cun melecun macam NURULBADIAH si blogger terkenal. tapi nurul tu muka da memang flawless, tak tau la apa rahsia dia.

Antara kebaikan-kebaikan VCO ni :

  • Selesaikan masalah muka berminyak @ berjerawat @ kering.
  • Hilangkan parut jerawat
  • Hilangkan strechmark untuk wanita hamil
  • Kurangkan berat badan *sesuai untuk journaldiet*
  • Stabilkan PMS *untuk wanita*
  • Baiki pencernaan dan serapan vitamin
  • Lembutkan kulit muka
  • Lindungi kulit muka dari sinaran matahari
  • Tingkatkan tenaga dan daya tahan badan
  • Lindungi tubuh dari kanser

VCO ni boleh diamalkan dengan dua cara :

  1. Makan - makan ubat ni sebiji sekali makan. 2 kali sehari. pagi dan petang.
  2. Muka - boleh sapu kat muka sebelum tido. cucuk pil ni supaya minyak dalam pil tu keluar, pastu sapu kat muka dan biarkan sampai pagi. esok pagi, muka kita takkan berminyak & rasa lembut je.

Setakat ni, VCO ni hanya dapat feedback yang baik-baik dari pelanggan dia. aku tengah try produk ni dalam masa seminggu. setakat ni memang puas hati. jerawat-jerawat aku mula kecut, kesan parut jerawat dulu pon da pudar sikit. Kesannya dapat dilihat dalam tempoh seminggu. hebat kan? masa tengah muda-muda ni jom la jaga badan dengan kulit kita dengan amalkan VCO ni.

Kepada sesiapa yang nak tau lebih info atau nak beli, bolehlah pegi SINI.


KLIK HB KALAU RAJIN :)



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 7 April 2011

Kaki Online Shopping


Aku sebagai perempuan nak mengaku yang aku ni memang kaki shopping. baru la perempuan sejati namanya. hehehe. tiap kali keluar berjalan mesti ade je benda yang aku nak beli. selalunya selendang atau baju. 

Tapi disebabkan selendang aku da penuh kat dalam almari tu, aku stop beli selendang dan fokus kepada baju :)

Kalau time rajin keluar dulu memang cepat je susut duit aku, tapi akhir-akhir ni aku susah sikit nak keluar. mesti korang ingat aku da berjimat sikit kan? maafkan aku sebab kecewakan korang. duit aku tetap mengalir walaupun aku tak keluar sangat. 

Ni semua disebabkan ANGEL ONLINEFASHION

Ada apa dengan ANGEL ONLINEFASHION ni?

  • Baju korea yang cantik / comel
  • Harga murah & berpatutan
  • Service terbaik!
  • Berbaloi - baloi


Tapi korang jangan la mengharapkan kualiti baju macam baju mahal-mahal tu. da nama pun baju murah, ala-ala baju pasar malam je. 

Ni antara contoh-contoh baju yang dia jual, comel-comel wa cakap lu :






Banyak lagi baju-baju yang best. pegi la terjah ANGEL ONLINEFASHION ni cuci mata. 
Aku da order baju aku untuk bulan ni. tunggu cik abe bagi duit je.


p/s : jangan lupe suruh bf korang belanja.


KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday, 6 April 2011

Perasan Lebih


Minggu lepas mase jalan-jalan kat Jalan Tar dengan family, tibe-tibe adik aku buat muka tak puas hati pastu merungut sorang-sorang. aku sebagai kakak yang prihatin tanye la ape masalah die.

Pastu die jawab macam ni :



baru darjah 5 dah perasan kacak

Aku yang tak puas hati dengan ayat adik aku tu, mula la belek adik aku tu. nak tau gak bahagian mane yang die cakap kacak tu. 

Akhirnya aku tau kenape perempuan tu usha-usha adik aku. 

Rupa-rupanya :


ADIK AKU LUPA NAK ZIP SELUAR.

hahahahahahahaha! tu la.berlagak lagi. buat malu je.

moral of the story : jangan nak perasan sangat la beb!


JANGAN LUPA KLIK HB YE :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)