Followers

Tuesday, 17 May 2011

Cinta Berdarah


Macam-macam berita yang mengerikan keluar berita sekarang ni. antaranya kes cinta berdarah.
banyak berita mengenai kisah cinta yang berakhir dengan lumuran darah seperti di bawah :















Kat sini aku cuma nak ingatkan korang supaya sentiasa berhati-hati semasa memilih pasangan dan kalau boleh jangan lah terima pasangan yang panas baran. selalulah berborak dengan pasangan anda untuk mengetahui masalah pasangan anda. jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti panas baran, berikan tumpuan lebih kepada pasangan anda.

Cukuplah sekadar cinta itu buta, janganlah kita menjadikan cinta itu sebagai punca pembunuhan.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Sunday, 15 May 2011

Tragedi Anggur


Baru-baru ni aku ade pergi teman mak aku beli barang dapur kat Giant. memang ramai orang. biasa la, baru dapat gaji la katakan.

Bila da ramai orang tu, macam-macam perangai aku nampak. sambil perhati orang tu tibe-tibe aku ternampak satu family ni kat bahagian anggur tengah memilih buah anggur yang buat aku meluat.

Kenapa aku meluat?

Aku meluat sebab sambil dorang memilih anggur tu sambil tu dorang makan anggur tu. kalau dorang makan anggur yang dorang dah pilih takpe gak. dorang beli anggur sikit je tapi anggur yang dorang makan yang kononnye nak rasa tu lagi banyak. mana taknya, si mak makan dalam 2 biji sambil pilih anggur, yang si 4 anak pulak ade la sampai 5 biji seorang.

Memang tak salah kalau kita nak rasa sikit anggur tu untuk dapatkan kepastian samada anggur tu sedap atau tak sebab tu hak pengguna tapi kita mestilah berpada-pada. kesian la kat orang lain yang nak beli anggur, tengok-tengok anggur tu dah rongak atau busuk disebabkan kesan korang makan. lagi satu, sebagai Islam, kita mesti makan makanan yang halal dari semua segi. kalau kita makan makanan yang tak berbayar tu, korang tak rasa takut ke kalau si penjual tu bengang sebab dapat hasil jualan yang sikit lepas tu dorang haramkan sesiapa yang makan anggur tu tak berbayar?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

p/s :
we have been together for one year. i wish we can be together forever & ever.
i love you so much.





RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday, 11 May 2011

Fast & Furious 5 VS Thor


Akhir-akhir ni aku rasa aku dah ketagih nak tengok wayang. disebabkan ketagihan tu, aku tengok 2 movie dalam tempoh seminggu. aku bukan nak bercerita pasal ketagih wayang aku tu tapi aku nak kongsi dengan korang cerita yang aku tengok.

Aku tengok cerita Fast & Furious 5


 dengan Thor.




Kalau nak tanya pendapat aku, aku cadangkan korang wajib tonton filem Fast & Furious 5 ni sebab cerita die 10x ganda lebih sedap berbanding Thor. cerita dia memang tak bosan daripada start sampai habis. banyak aksi dan kurang menghabiskan masa dengan bercakap macam Thor. first time aku tengok wayang, penonton bersorak dan tepuk tangan. 

Korang jangan lupa ye terjah panggung tengok Fast & Furious 5 ni.

GERENTI BEST! 



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday, 10 May 2011

Ibu @ Binatang?


Baru-baru ni kita ada sambut Hari Ibu. semua orang buat entry pasal ibu masing-masing, bagi ucapan yang baik-baik untuk ibu, cerita keseronokan sambut Hari Ibu tapi pernah tak kita berfikir, adakah semua ibu itu baik? pernah korang terpikir wujudnya ibu yang tak berperikemanusiaan macam kat bawah ni :











Banyak lagi contoh-contoh ibu kejam kat luar sana.

Oleh sebab itu, kita kenalah selalu beringat dan bersyukur kerana ibu kita bukanlah tergolong dalam kategori-kategori ibu binatang ini. hargailah ibu kita kerana mereka telah menjaga kita dengan baik dan penuh sabar. bukan senang nak membesarkan seorang anak. 

Pada pihak yang mempunyai ibu yang tak berperikemanusian seperti di atas, harap bersabar dan mesti terus menghormati mereka kerana mereka kita berada di dunia dan ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna termasuklah ibu anda. maafkan kesalahannya dan doakan semoga mereka kembali ke jalan yang lurus. 


Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kat mak aku yang membesarkan aku dengan baik tanpa sebarang cacat cela.

I love you so much PUAN NOR AISHAH BINTI AHAD.




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Saturday, 7 May 2011

Berkira


Hari ni aku nak bercerita tentang berkira. ni bukan kes kira-kira pakai kalkulator semua tu tapi ini pasal sifat manusia.

Terdapat tiga jenis sifat manusia dalam kategori berkira ini. antaranya :


Terlalu Berkira 

Manusia yang terlalu berkira ni memang susah. kalau kita hutang die RM 0.01 pun dia akan ingat sampai la kita bayar balik hutang tu tak kira la dengan siapa dia berhutang. kadang-kadang dengan keluarga pun dorang berkira. tapi nak buat macam mana kan? tu duit hasil titik peluh dia, dia ada hak untuk minta balik kalau kita berhutang dengan dia. 

Sederhana

Manusia yang sederhana pula hanya akan meminta penghutang bayar balik hutang sekiranya jumlah hutang tu banyak. kalau setakat hutang RM 0.01 ni dorang tak minta. selalunya mereka hanya akan minta penghutang bayar hutang bila dorang pokai. kalau tengah poket tebal, dorang takkan minta.


Tak Berkira

Manusia ni memang jenis hati mulia, suci murni betul. selalunya jenis yang lurus bendul. tak kira berapa banyak hutang korang dengan dia, dia takkan minta balik. dia akan halalkan segala hutang korang. memang best kalau berkawan dengan orang macam ni TAPI bila orang dah baik dengan kita, kita jangan la pijak kepala dia pulak. hargailah dorang ni sebab orang yang macam ni memang susah nak jumpa.

Fad ni jenis yang sederhana. korang pulak macam mana? 




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)