Followers

Saturday 31 December 2011

Cyberbully


Sape tengok movie kat tv3 pukul 9 pagi 2 hari lepas?
movie ni bertajuk Cyberbully.


Selalunya aku tak layan movie-movie tv3 pukul 9am tu sebab semua cerita pasal fantasi remaja yang semua orang tau ending die hero atau heroin cerita tu akan capai impian dorang.

Tapi cerita ni lain, die banyak pengajaran untuk remaja-remaja yang selalu online atau yang kaki buli.

Jom tengok trailer cerita die :


Konflik die mula bila mak Taylor bagi hadiah laptop untuk hari jadi.
Taylor sign up satu laman sosial ala-ala Facebook, start daripada tu perempuan famous yang macam 'bitch' kutuk die macam-macam secara berkumpulan. tapi dia masih cool lagi.

Taylor start jadi  stress bila ada orang hack akaun dia dan buat macam-macam kat page dia.
Perempuan famous 'bitch' tu start kutuk dia macam-macam kat online sampai terbawa-bawa ke sekolah hinggakan Taylor ni cuba untuk bunuh diri.

Cerita dia memang menarik. di Hollywood, dorang memang banyak terima masalah pelajar bunuh diri sebab tak tahan kena buli.


Kalau tengok kat youtube ada banyak video tentang remaja bunuh diri sebab kena buli.
tapi syukur la kat Malaysia ni jarang dengar masalah macam ni.

Apa-apa pun, janganlah kita jadi pembuli sebab kita tak tahu kesannya terhadap mangsa.
Jadikannya anti buli salah satu azam tahun baru kita.


BTW, Happy New Year :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday 28 December 2011

Sakit Gigi




Malam tadi tak boleh tidur sebab gusi berdenyut. 
nak tengok tak boleh sebab mulut tak boleh buka besar-besar tapi aku tau ni mesti ada masalah dengan gigi geraham. 
akhirnye aku macam orang histeria semalam hentak-hentak kaki tahan sakit sedangkan orang lain tengah sedap berdengkur.

sebenarnye aku memang takut dengan doktor lagi-lagi doktor gigi tapi disebabkan tak tahan dengan sakit, aku pegi gak jumpa doktor.
aku redha je kalau doktor nak cabut gigi aku.

macam ni la perbualan aku dengan doktor tu dalam tempoh kurang dari 10 minit 


 macam ni lah muka aku tahan sakit masa doktor tu koyakkan gusi. memang tak boleh tahan wooo...


akhirnya semua masalah aku selesai. gusi pon dah tak berdenyut sangat.
doktor kata habiskan ubat antibiotik, selalu kumur-kumur dengan air garam, 
InsyaAllah tak ada masalah gusi berdenyut lagi.

walaupun doktor tu berjaya hilangkan sakit aku, aku tetap tak suka doktor gigi  :'( 

sape kat sini yang suka doktor gigi memang tabik spring la kat korang.



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wordless Wednesday #1


Assalamualaikum,

setelah 6 bulan praktikal, tenangkan fikiran pergi LANGKAWI  ;)




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Saturday 23 July 2011

Minta Maaf Kawan



Fad nak minta maaf banyak-banyak kat kawan-kawan blog sebab fad da jarang komen kat blog korang.

Fad sekarang busy praktikal.memang jarang buka blog.kalau online pon buka facebook je.tak sangka penat juga bekerja ni kan walaupun kerja pejabat.

Untuk tempoh 6 bulan ni mungkin fad akan kurang berblogging.kalau fad ade masa fad datang komen blog korang.

LOVE YOU GUYS  ;)





RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday 20 July 2011

Tragedi BHP Petrol


Masa tengah makan karipap sambil tengok iklan budi bahasa budaya kita, tiba-tiba aku teringat peristiwa menyakitkan hati pasal budi bahasa ni. ceritanya bermula begini :

Hari yang indah di mana aku, dan family pakwe aku pergi jalan-jalan kat kuantan. biasa la, aku ni tak pernah datang kuantan.

Masa on the way nak ke kauntan, kitorang berhenti sekejap kat BHP petrol sebab nak melepaskan hajat, bukan nak isi minyak. kat petrol pam BHP tu memang takde kereta yang singgah nak isi minyak pon. kereta kitorang je yang ade, tu pon sebab nak tumpang toilet.

Tiba-tiba, ade pakcik pakai baju BHP petrol ni datang ketuk cermin tingkap bahagian pemandu dengan muka garang. nampak gaya macam die tokey BHP petrol tu. pakwe aku pon buka la tingkap. pakcik tu terus cakap
'keluar! keluar! kalau tak nak isi minyak keluar!'

Peh, memang takde adab betul pakcik ni. kalau ye pon hormat la sikit, cakap baik-baik. tak payah la nak tengking-tengking kitorang. lagi pun kitorang ni bukannya samseng. pakwe aku memang nak marah balik pakcik tu tapi memandangkan mak die dengan adik die ade, die terus tekan minyak keluar dari petrol pam tak guna tu.

Memang patut la bisnes pakcik tu tak laku sebab perangai die tu. cuba tengok petrol pam yang berjaya macam Petronas dengan Shell, tak kisah pon orang tumpang toilet tanpa isi minyak. aku pernah parking kereta kat Petronas tu sejam lebih tanpa isi minyak atau guna toilet sebab nak tunggu someone, takde pon manager die datang ketuk cermin kereta aku, halau aku.

Pakcik tu memang bikin aku panas je. tapi lantak die la sebab aku percaya dengan pepatah
 what goes around comes around
orang jahat akan terima balasannya. betul tak?

Camne dengan korang? korang pernah jumpa tak dengan orang tak berbudi bahasa ni? jom kongsi-kongsi.





RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday 17 May 2011

Cinta Berdarah


Macam-macam berita yang mengerikan keluar berita sekarang ni. antaranya kes cinta berdarah.
banyak berita mengenai kisah cinta yang berakhir dengan lumuran darah seperti di bawah :















Kat sini aku cuma nak ingatkan korang supaya sentiasa berhati-hati semasa memilih pasangan dan kalau boleh jangan lah terima pasangan yang panas baran. selalulah berborak dengan pasangan anda untuk mengetahui masalah pasangan anda. jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti panas baran, berikan tumpuan lebih kepada pasangan anda.

Cukuplah sekadar cinta itu buta, janganlah kita menjadikan cinta itu sebagai punca pembunuhan.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Sunday 15 May 2011

Tragedi Anggur


Baru-baru ni aku ade pergi teman mak aku beli barang dapur kat Giant. memang ramai orang. biasa la, baru dapat gaji la katakan.

Bila da ramai orang tu, macam-macam perangai aku nampak. sambil perhati orang tu tibe-tibe aku ternampak satu family ni kat bahagian anggur tengah memilih buah anggur yang buat aku meluat.

Kenapa aku meluat?

Aku meluat sebab sambil dorang memilih anggur tu sambil tu dorang makan anggur tu. kalau dorang makan anggur yang dorang dah pilih takpe gak. dorang beli anggur sikit je tapi anggur yang dorang makan yang kononnye nak rasa tu lagi banyak. mana taknya, si mak makan dalam 2 biji sambil pilih anggur, yang si 4 anak pulak ade la sampai 5 biji seorang.

Memang tak salah kalau kita nak rasa sikit anggur tu untuk dapatkan kepastian samada anggur tu sedap atau tak sebab tu hak pengguna tapi kita mestilah berpada-pada. kesian la kat orang lain yang nak beli anggur, tengok-tengok anggur tu dah rongak atau busuk disebabkan kesan korang makan. lagi satu, sebagai Islam, kita mesti makan makanan yang halal dari semua segi. kalau kita makan makanan yang tak berbayar tu, korang tak rasa takut ke kalau si penjual tu bengang sebab dapat hasil jualan yang sikit lepas tu dorang haramkan sesiapa yang makan anggur tu tak berbayar?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

p/s :
we have been together for one year. i wish we can be together forever & ever.
i love you so much.





RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday 11 May 2011

Fast & Furious 5 VS Thor


Akhir-akhir ni aku rasa aku dah ketagih nak tengok wayang. disebabkan ketagihan tu, aku tengok 2 movie dalam tempoh seminggu. aku bukan nak bercerita pasal ketagih wayang aku tu tapi aku nak kongsi dengan korang cerita yang aku tengok.

Aku tengok cerita Fast & Furious 5


 dengan Thor.




Kalau nak tanya pendapat aku, aku cadangkan korang wajib tonton filem Fast & Furious 5 ni sebab cerita die 10x ganda lebih sedap berbanding Thor. cerita dia memang tak bosan daripada start sampai habis. banyak aksi dan kurang menghabiskan masa dengan bercakap macam Thor. first time aku tengok wayang, penonton bersorak dan tepuk tangan. 

Korang jangan lupa ye terjah panggung tengok Fast & Furious 5 ni.

GERENTI BEST! 



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday 10 May 2011

Ibu @ Binatang?


Baru-baru ni kita ada sambut Hari Ibu. semua orang buat entry pasal ibu masing-masing, bagi ucapan yang baik-baik untuk ibu, cerita keseronokan sambut Hari Ibu tapi pernah tak kita berfikir, adakah semua ibu itu baik? pernah korang terpikir wujudnya ibu yang tak berperikemanusiaan macam kat bawah ni :











Banyak lagi contoh-contoh ibu kejam kat luar sana.

Oleh sebab itu, kita kenalah selalu beringat dan bersyukur kerana ibu kita bukanlah tergolong dalam kategori-kategori ibu binatang ini. hargailah ibu kita kerana mereka telah menjaga kita dengan baik dan penuh sabar. bukan senang nak membesarkan seorang anak. 

Pada pihak yang mempunyai ibu yang tak berperikemanusian seperti di atas, harap bersabar dan mesti terus menghormati mereka kerana mereka kita berada di dunia dan ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna termasuklah ibu anda. maafkan kesalahannya dan doakan semoga mereka kembali ke jalan yang lurus. 


Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kat mak aku yang membesarkan aku dengan baik tanpa sebarang cacat cela.

I love you so much PUAN NOR AISHAH BINTI AHAD.




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Saturday 7 May 2011

Berkira


Hari ni aku nak bercerita tentang berkira. ni bukan kes kira-kira pakai kalkulator semua tu tapi ini pasal sifat manusia.

Terdapat tiga jenis sifat manusia dalam kategori berkira ini. antaranya :


Terlalu Berkira 

Manusia yang terlalu berkira ni memang susah. kalau kita hutang die RM 0.01 pun dia akan ingat sampai la kita bayar balik hutang tu tak kira la dengan siapa dia berhutang. kadang-kadang dengan keluarga pun dorang berkira. tapi nak buat macam mana kan? tu duit hasil titik peluh dia, dia ada hak untuk minta balik kalau kita berhutang dengan dia. 

Sederhana

Manusia yang sederhana pula hanya akan meminta penghutang bayar balik hutang sekiranya jumlah hutang tu banyak. kalau setakat hutang RM 0.01 ni dorang tak minta. selalunya mereka hanya akan minta penghutang bayar hutang bila dorang pokai. kalau tengah poket tebal, dorang takkan minta.


Tak Berkira

Manusia ni memang jenis hati mulia, suci murni betul. selalunya jenis yang lurus bendul. tak kira berapa banyak hutang korang dengan dia, dia takkan minta balik. dia akan halalkan segala hutang korang. memang best kalau berkawan dengan orang macam ni TAPI bila orang dah baik dengan kita, kita jangan la pijak kepala dia pulak. hargailah dorang ni sebab orang yang macam ni memang susah nak jumpa.

Fad ni jenis yang sederhana. korang pulak macam mana? 




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday 5 May 2011

Booorringg


Korang pernah tengok wayang tak? sebelum wayang tu start mesti ade iklan kan? iklan cerita akan datang @ trailer dengan iklan-iklan lain macam iklan KFC dan lain-lain.

Tapi aku memang pantang bila aku tengok wayang kat Alamanda, iklan KLMU ni keluar. kalau tengok wayang tiap-tiap hari, maknanya tiap-tiap hari la aku kena tengok iklan ni. bukan nak kutuk, tapi bila da kali ke 5 aku tengok wayang keluar iklan yang sama jugak, aku naik bengang. da la asyik muka perempuan ni dari start sampai habis. at least iklan KFC tu tukar-tukar la jugak.




Tapi bukan aku sorang je yang bengang. hari tu aku pegi tengok cerita RED RIDING HOOD, bila iklan KLMU ni keluar je, ade mamat kerusi belakang cakap 'adoi, minah ni lagi.bosan aku tengok'

Tapi nak buat camne, dorang yang bayar sewa iklan tu. aku yang setakat nak beli tiket wayang siap mintak diskaun kat cashier tu  takde hak nak bersuara. 

Satu hari nanti aku akan pastikan aku pulak yang jadi model iklan UKM. ganti iklan KLMU ni. confirm ramai nak tengok wayang. betul tak?



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tolong Menolong


Lepas habis exam ni, memang lega. otak tak serabut nak bahagi masa untuk study, cari balik nota-nota yang hilang. memang rasa macam lepas satu azab dunia. hehehe.

Ok, back to the topic. sebenarnya aku nak share tips belajar dengan korang yang masih bergelar pelajar atau mahasiswa/i.  korang pernah terfikir tak kenapa kebanyakan bangsa cina ni berjaya? ni semua sebab dorang bekerjasama dan tak kedekut. dorang suka buat study group, lepas tu kalau dorang ade dapat nota tambahan atau nota yang berguna, dorang akan sebar-sebarkan kat kawan-kawan lain.

Aku bukan nak mengata bangsa sendiri tapi apa yang aku nampak, ramai bangsa melayu ni kedekut. kedekut duit, harta, ilmu dan lain-lain lagi. bangsa melayu ni jenis yang suka simpan sendiri, dengki tengok orang lain berjaya dan terlalu suka bersaing dengan bangsa sendiri. aku bukan cakap bersaing tu tak bagus, tapi kalau sampai menjatuhkan bangsa sendiri, ape kes?

Tapi aku bukanlah perfect sangat nak ikut semua cara bangsa cina ni belajar. aku ni jenis suka belajar sorang-sorang dan ikut mood tapi aku tak kedekut bab nak berkongsi ilmu ni. kalau ade sape nak mintak tunjuk ajar aku, insyaAllah aku akan tolong setakat yang aku mampu. tapi sejak akhir-akhir ni pelajaran aku merosot sikit. biasa la, aku ni kan degil. orang kata jangan bercinta sambil belajar, tapi aku gatal nak jugak bercinta. last-last merosot. padan muka kau fad!

Moral of the story, jom la kita bersatu padu untuk berjaya dalam pelajaran dan memajukan bangsa melayu. contoh yang baik mesti diikuti dan dijadikan pengajaran. 

Pada yang menghadapi final exam, good luck!

Renung-renugkan dan selamat beramal.




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Monday 2 May 2011

Abah Aku Dibuli?


Ni bukan kes bapak aku kene buli dengan kawan-kawan die. tapi bapak aku ni kena buli dengan anak die sendiri, lagi-lagi anak bongsu die (adik aku la tu).

Situasi die macam ni :






Lama jugak la adik aku gelakkan abah aku. abah aku senyap je. mesti bapak aku sedih dapat anak kaki buli ni. hahaha!




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Friday 29 April 2011

ADUH,SEDAPNYE KENA ROTAN KAT PUNGGONG


Ni first time aku join segmen sejak jadi blogger ni. aku agak tertarik nak join sebab tajuk segmen die menarik dan kelakar. buat aku mengimbau kenangan lalu. cewah!

Segmen rotan ni dibuat oleh BUDAK KAMPUNG :


Jawapan untuk soalan-soalan dari budak kampung ni :

1. BILE KORANG KENA ROTAN?

Aku first time and last time kena rotan masa form 3.

2. SEBAB APE KENA ROTAN?

Aku kena rotan sebab tak buat keje sekolah matematik yang cikgu aku bagi. memang sedih sebab matematik tu mata pelajaran favourite aku. sampai hati cikgu tu layan aku camne. sob3 :'(

3. SIAPA YANG MEROTAN KORANG?

Cikgu displin yang rotan. Ganas kan? first time kena rotan, terus jumpa cikgu displin. kalau kena rotan dengan cikgu mata pelajaran takpe gak.

4. KESAN DARI ROTAN TERSEBUT?

Kesan dari rotan tu, tangan aku berbirat pastu aku nangis masa otw balik ke kelas dari bilik displin. sume orang pandang. aku da tak pikir malu da. terkilan sebab kena rotan sebab tak buat keje sekolah mata pelajaran favourite.



5. BEST TAK?

Bila pikir balik, best la jugak sebab lepas tu aku terus rajin buat homework. sebenarnya pon sakit pon kena rotan tu. aku je yang cengeng. hik3 :D

Kalau dulu kes rotan merotan kat sekolah ni memang takde hal. parents siap bagi green light kat cikgu untuk rotan atau denda anak dorang kalau anak dorang bersalah.

Tapi sekarang......


Korang pulak camne? ape pengalaman kena rotan korang. jom la kita kongsi-kongsi.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal :)




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday 28 April 2011

Happy Ke?


29 April 2010, hari ni, di saat ini, aku nak cakap yang aku

DA HABIS EXAM!!!

Seronoknya tak payah cakap la. memang rasa nak jerit satu dunia. 

Kenapa aku happy lebih-lebih? macam la aku sorang je yang da habes exam. ok, aku tau aku ni terlebih sudah tapi sape tak happy kalau kita tak payah belajar, tension-tension pasal tutorial, assignment bagai selama 10 bulan.

Lepas ni aku cuti sebulan, awal bulan 6 start praktikal sampai akhir bulan 11.

Lepas ni aku da masuk ke alam pekerjaan untuk 6 bulan. seronok beb! aku tak pernah bekerja even kerja sambilan. loser kan aku?

Tapi bila dipikirkan balik, lepas ni akan duduk dengan family kat gombak selama 10 bulan, maknanya aku akan jarang jejakkan kaki kat bangi ni. tak boleh dating seminggu 3 @ 4 kali macam dulu lagi. kesian kat cik abe aku, tinggal sebatang 'kera' la die kat bangi ni 10 bulan. lepas ni aku dengan die dikira bercinta jarak jauh. *jauh ke?*

Bercinta jarak jauh? ramai yang cakap peratus percintaan jarak jauh ni nak berjaya memang rendah. lagi-lagi kitorang ni memang selalu jumpa, kalau seminggu tak jumpa alamatnya perang dunia versi manja-manja la. pastu touching-touching, sedih-sedih layan lagu Selena Gomez 'A Year Without Rain'





Hmmm..takpe-takpe. pasti ade jalan penyelesaiannya. takde masa nak pikir sebab nak kemas barang nak balik rumah. lepas ni aku akan jadi penduduk tetap gombak selama 10 bulan. kepada penghuni bangi, jangan rindu aku. aku akan kembali 10 bulan akan datang.

p/s : ade sape-sape nak tolong angkat barang aku yang banyak dan berat ni tak?
thanks kat aniswany  dan fyqa yang rindu kat fad. tak sangka ade jugak orang yang rindu :)


KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday 19 April 2011

Suara Siapakah Itu?


Baru-baru ni aku ade tengok cerita Rio. Jalan cerita ok. Best. Sesuai untuk kanak-kanak macam aku ni. Nasib baik la cik abe aku pon masih ade sifat kanak-kanak nak tengok cerita kartun macam ni.





Masa tengah tengok cerita ni, tiba-tiba aku terpegun bila watak burung kecik warna kuning menyanyi. Sedap giler suara die. Menusuk hati beb!

Nama watak burung kuning ni Nico. Nico ni selalu dengan kawan die Pedro. apa yang aku tertarik dengan Nico ni sebab suara die, kecomelan die dengan topi penutup botol die tu. topi die tu pelbagai guna, die guna sebagai topi, gendang, senjata. macam-macam kan kegunaan topi die.


Siapa latar suara Nico ni?

Nico = Jamie Foxx


Serius aku cakap suara die merdu. kalau nyanyi lagu romantik memang layan la!

Jom layan suara si Jamie Foxx ni :

suara Anne Hathaway pon boleh tahan gak

Kan bagus kalau cik abe aku suara merdu macam Jamie Foxx ni. tiap-tiap malam aku gayut dengan die suruh die dodoikan aku sampai aku tido.

p/s
sejak akhir-akhir ni banyak widget aku tambah kat blog ni. nak tanya pendapat korang, blog aku ni berat tak? lambat loading tak? kalau berat, aku buang je widget-widget ni.

KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)