Followers

Showing posts with label movie/drama. Show all posts
Showing posts with label movie/drama. Show all posts

Saturday, 31 December 2011

Cyberbully


Sape tengok movie kat tv3 pukul 9 pagi 2 hari lepas?
movie ni bertajuk Cyberbully.


Selalunya aku tak layan movie-movie tv3 pukul 9am tu sebab semua cerita pasal fantasi remaja yang semua orang tau ending die hero atau heroin cerita tu akan capai impian dorang.

Tapi cerita ni lain, die banyak pengajaran untuk remaja-remaja yang selalu online atau yang kaki buli.

Jom tengok trailer cerita die :


Konflik die mula bila mak Taylor bagi hadiah laptop untuk hari jadi.
Taylor sign up satu laman sosial ala-ala Facebook, start daripada tu perempuan famous yang macam 'bitch' kutuk die macam-macam secara berkumpulan. tapi dia masih cool lagi.

Taylor start jadi  stress bila ada orang hack akaun dia dan buat macam-macam kat page dia.
Perempuan famous 'bitch' tu start kutuk dia macam-macam kat online sampai terbawa-bawa ke sekolah hinggakan Taylor ni cuba untuk bunuh diri.

Cerita dia memang menarik. di Hollywood, dorang memang banyak terima masalah pelajar bunuh diri sebab tak tahan kena buli.


Kalau tengok kat youtube ada banyak video tentang remaja bunuh diri sebab kena buli.
tapi syukur la kat Malaysia ni jarang dengar masalah macam ni.

Apa-apa pun, janganlah kita jadi pembuli sebab kita tak tahu kesannya terhadap mangsa.
Jadikannya anti buli salah satu azam tahun baru kita.


BTW, Happy New Year :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday, 11 May 2011

Fast & Furious 5 VS Thor


Akhir-akhir ni aku rasa aku dah ketagih nak tengok wayang. disebabkan ketagihan tu, aku tengok 2 movie dalam tempoh seminggu. aku bukan nak bercerita pasal ketagih wayang aku tu tapi aku nak kongsi dengan korang cerita yang aku tengok.

Aku tengok cerita Fast & Furious 5


 dengan Thor.




Kalau nak tanya pendapat aku, aku cadangkan korang wajib tonton filem Fast & Furious 5 ni sebab cerita die 10x ganda lebih sedap berbanding Thor. cerita dia memang tak bosan daripada start sampai habis. banyak aksi dan kurang menghabiskan masa dengan bercakap macam Thor. first time aku tengok wayang, penonton bersorak dan tepuk tangan. 

Korang jangan lupa ye terjah panggung tengok Fast & Furious 5 ni.

GERENTI BEST! 



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 5 May 2011

Booorringg


Korang pernah tengok wayang tak? sebelum wayang tu start mesti ade iklan kan? iklan cerita akan datang @ trailer dengan iklan-iklan lain macam iklan KFC dan lain-lain.

Tapi aku memang pantang bila aku tengok wayang kat Alamanda, iklan KLMU ni keluar. kalau tengok wayang tiap-tiap hari, maknanya tiap-tiap hari la aku kena tengok iklan ni. bukan nak kutuk, tapi bila da kali ke 5 aku tengok wayang keluar iklan yang sama jugak, aku naik bengang. da la asyik muka perempuan ni dari start sampai habis. at least iklan KFC tu tukar-tukar la jugak.




Tapi bukan aku sorang je yang bengang. hari tu aku pegi tengok cerita RED RIDING HOOD, bila iklan KLMU ni keluar je, ade mamat kerusi belakang cakap 'adoi, minah ni lagi.bosan aku tengok'

Tapi nak buat camne, dorang yang bayar sewa iklan tu. aku yang setakat nak beli tiket wayang siap mintak diskaun kat cashier tu  takde hak nak bersuara. 

Satu hari nanti aku akan pastikan aku pulak yang jadi model iklan UKM. ganti iklan KLMU ni. confirm ramai nak tengok wayang. betul tak?



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday, 19 April 2011

Suara Siapakah Itu?


Baru-baru ni aku ade tengok cerita Rio. Jalan cerita ok. Best. Sesuai untuk kanak-kanak macam aku ni. Nasib baik la cik abe aku pon masih ade sifat kanak-kanak nak tengok cerita kartun macam ni.





Masa tengah tengok cerita ni, tiba-tiba aku terpegun bila watak burung kecik warna kuning menyanyi. Sedap giler suara die. Menusuk hati beb!

Nama watak burung kuning ni Nico. Nico ni selalu dengan kawan die Pedro. apa yang aku tertarik dengan Nico ni sebab suara die, kecomelan die dengan topi penutup botol die tu. topi die tu pelbagai guna, die guna sebagai topi, gendang, senjata. macam-macam kan kegunaan topi die.


Siapa latar suara Nico ni?

Nico = Jamie Foxx


Serius aku cakap suara die merdu. kalau nyanyi lagu romantik memang layan la!

Jom layan suara si Jamie Foxx ni :

suara Anne Hathaway pon boleh tahan gak

Kan bagus kalau cik abe aku suara merdu macam Jamie Foxx ni. tiap-tiap malam aku gayut dengan die suruh die dodoikan aku sampai aku tido.

p/s
sejak akhir-akhir ni banyak widget aku tambah kat blog ni. nak tanya pendapat korang, blog aku ni berat tak? lambat loading tak? kalau berat, aku buang je widget-widget ni.

KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 14 April 2011

Psycho Ke Aku?


Hari tu aku ade terbaca entry kawan aku pasal cerita The roommate ni. first time tengok trailer  die da jatuh cinta. cerita ni pasal kawan yang psycho. korang penah ade kawan yang psycho? camne korang berhadapan dengan kawan yang psycho? aku memang suke gile tengok cite thriller macam cite ni.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal cite ni, baca kat blog kawan aku NI.

Nuffnang pon ade bagi tiket free tapi aku da terlambat nak join. nampak gayanya kena tengok bulan 5 lepas habis exam ler.






KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Monday, 7 March 2011

Life As We Know It



aku ni jenis orang yang bila suka satu cerita @ lagu, aku akan pasang cerita @ lagu tu 24 jam sampai la aku bosan.  kalau sapa-sapa yang duduk satu bilik dengan aku akan paham la. aku akan pasang 24 jam 7 hari seminggu sampai la aku bosan. tempoh untuk aku bosan dengan sesuatu tu bergantung kepada ke'power'an cerita atau lagu tu. dulu aku selalu minat lagu, suka dengar radio. tapi sekarang aku lebih kepada movie. sebab apa? sebab bila aku tukar bilik yang dekat dengan pejabat kolej, maka internet confirm2 la laju. jadi, aku rajin men'download' movie. antara cerita-cerita yang aku suka download :


 The Mentalist
 CSI
 Movie-movie yang berunsur komedi @ romantik komedi

tapi sekarang aku nak cerita pasal movie yang aku tengah layan sekarang sambil update post ni.

ceritanya......

jeng jeng jeng

Life As We Know It

hero dan heroin cerita ni sangat hot dan cun :



cerita ni cerita romantik komedi. kawan aku yang bagitau pasal cerita ni. first time tengok je da suke. copy cerita ne dari kawan, balik bilik sambung balik tengok. aku da tengok cerita ni hampir sebulan tapi masih tak bosan. nampak tak ke'power'an cerita ni mempengaruhi aku?



jom kita baca sinopsis dia : 

Movie synopsis: Holly Berenson (Katherine Heigl) is an up-and-coming caterer and Eric Messer (Josh Duhamel) is a promising network sports director. After a disastrous first date, the only thing they have in common is their dislike for each other and their love for their goddaughter, Sophie. But when they suddenly become all Sophie has in the world, Holly and Messer are forced to put their differences aside. Juggling career ambitions and competing social calendars, they’ll have to find some common ground while living under one roof.


cerita ni sweet sangat, cerita pasal dua orang musuh kena jaga anak kawan diorang disebabkan wasiat kawan diorang nak anak perempuan kesayangannya dijaga oleh bestfriend diorang sendiri kalau diorang mati. * berapa banyak diorang da*

bayangkan la macam mana musuh nak duduk sama-sama dalam satu bumbung jaga baby? confirm-confirm la akan gaduh je. lagi-lagi yang si hero ne playboy, perempuan ne pulak ala-ala andartu la. tak tahu apa-apa pasal baby. serabut diorang jaga baby ni.



tapi dalam serabut-serabut tu diorang belajar untuk menjadi tanggungjawab. lama-lama diorang happy jaga baby tu lagi-lagi part bila baby tu nak belajar berjalan. excited!

* ni gambar masa 1st birthday baby tu.comel kan?*












korang try la tengok cerita ne.memang best tapi tak tau la korang akan tengok 24 jam 7 hari seminggu macam aku ke tak. masing-masing citarasa lain-lain kan?




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)