Followers

Showing posts with label kongsi-kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi-kongsi. Show all posts

Tuesday, 17 May 2011

Cinta Berdarah


Macam-macam berita yang mengerikan keluar berita sekarang ni. antaranya kes cinta berdarah.
banyak berita mengenai kisah cinta yang berakhir dengan lumuran darah seperti di bawah :















Kat sini aku cuma nak ingatkan korang supaya sentiasa berhati-hati semasa memilih pasangan dan kalau boleh jangan lah terima pasangan yang panas baran. selalulah berborak dengan pasangan anda untuk mengetahui masalah pasangan anda. jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti panas baran, berikan tumpuan lebih kepada pasangan anda.

Cukuplah sekadar cinta itu buta, janganlah kita menjadikan cinta itu sebagai punca pembunuhan.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Tuesday, 10 May 2011

Ibu @ Binatang?


Baru-baru ni kita ada sambut Hari Ibu. semua orang buat entry pasal ibu masing-masing, bagi ucapan yang baik-baik untuk ibu, cerita keseronokan sambut Hari Ibu tapi pernah tak kita berfikir, adakah semua ibu itu baik? pernah korang terpikir wujudnya ibu yang tak berperikemanusiaan macam kat bawah ni :











Banyak lagi contoh-contoh ibu kejam kat luar sana.

Oleh sebab itu, kita kenalah selalu beringat dan bersyukur kerana ibu kita bukanlah tergolong dalam kategori-kategori ibu binatang ini. hargailah ibu kita kerana mereka telah menjaga kita dengan baik dan penuh sabar. bukan senang nak membesarkan seorang anak. 

Pada pihak yang mempunyai ibu yang tak berperikemanusian seperti di atas, harap bersabar dan mesti terus menghormati mereka kerana mereka kita berada di dunia dan ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna termasuklah ibu anda. maafkan kesalahannya dan doakan semoga mereka kembali ke jalan yang lurus. 


Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kat mak aku yang membesarkan aku dengan baik tanpa sebarang cacat cela.

I love you so much PUAN NOR AISHAH BINTI AHAD.




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 5 May 2011

Tolong Menolong


Lepas habis exam ni, memang lega. otak tak serabut nak bahagi masa untuk study, cari balik nota-nota yang hilang. memang rasa macam lepas satu azab dunia. hehehe.

Ok, back to the topic. sebenarnya aku nak share tips belajar dengan korang yang masih bergelar pelajar atau mahasiswa/i.  korang pernah terfikir tak kenapa kebanyakan bangsa cina ni berjaya? ni semua sebab dorang bekerjasama dan tak kedekut. dorang suka buat study group, lepas tu kalau dorang ade dapat nota tambahan atau nota yang berguna, dorang akan sebar-sebarkan kat kawan-kawan lain.

Aku bukan nak mengata bangsa sendiri tapi apa yang aku nampak, ramai bangsa melayu ni kedekut. kedekut duit, harta, ilmu dan lain-lain lagi. bangsa melayu ni jenis yang suka simpan sendiri, dengki tengok orang lain berjaya dan terlalu suka bersaing dengan bangsa sendiri. aku bukan cakap bersaing tu tak bagus, tapi kalau sampai menjatuhkan bangsa sendiri, ape kes?

Tapi aku bukanlah perfect sangat nak ikut semua cara bangsa cina ni belajar. aku ni jenis suka belajar sorang-sorang dan ikut mood tapi aku tak kedekut bab nak berkongsi ilmu ni. kalau ade sape nak mintak tunjuk ajar aku, insyaAllah aku akan tolong setakat yang aku mampu. tapi sejak akhir-akhir ni pelajaran aku merosot sikit. biasa la, aku ni kan degil. orang kata jangan bercinta sambil belajar, tapi aku gatal nak jugak bercinta. last-last merosot. padan muka kau fad!

Moral of the story, jom la kita bersatu padu untuk berjaya dalam pelajaran dan memajukan bangsa melayu. contoh yang baik mesti diikuti dan dijadikan pengajaran. 

Pada yang menghadapi final exam, good luck!

Renung-renugkan dan selamat beramal.




RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Monday, 18 April 2011

Word Verification


Ape tu word verification? 

Word verification ni kita hanya boleh jumpa bila kita nak komen kat entry blog, 
benda ni akan keluar. 

google pic

Word Verification ni digunakan untuk menghalang blog anda dari menerima komen-komen yang berbentuk iklan. atau komen-komen yang automatik dari software tertentu.

Tapi word verification ni ade jugak kelemahannya iaitu akan membuatkan orang jadi malas nak komen kat blog kita sebab ia menyusahkan blogger tersebut dan membazir masa blogger tu untuk tunggu loading blog anda. bukankah komen dari blogger lain kat blog kita tu benda yang penting dalam dunia blog? blogger mana yang tak suka orang komen entry dia? 

So, semua bergantung pada korang sebagai tuan blog samada nak guna atau tidak word verification ni? kalau tanya pendapat aku, aku lagi suka komen kat blog yang takde word verification. 

Kalau anda tak nak guna word verification, ikut step di bawah :

DASHBOARD  >  SETTINGS  >  COMMENTS  >  

SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS?  >  NO  >  SAVE SETTINGS


KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Friday, 8 April 2011

Virgin Coconut Oil



Virgin Coconut Oil? pebendanya tu? ubat untuk anak dara ke?




Bukan la.ni ubat untuk semua orang tak kira laki ke perempuan, dara ke teruna, tak dara ke tak teruna. fungsi utama ubat ni sebenarnya untuk seimbangkan hormon-hormon dalam badan kita. walaupun dia khas untuk hormon badan, tapi kesan dia dapat dilihat dengan jelas pada muka kita. VCO ni boleh menjadikan kulit kita cantik, tak berjerawat, tak berminyak & tak kering. jadi flawless dan cun melecun macam NURULBADIAH si blogger terkenal. tapi nurul tu muka da memang flawless, tak tau la apa rahsia dia.

Antara kebaikan-kebaikan VCO ni :

  • Selesaikan masalah muka berminyak @ berjerawat @ kering.
  • Hilangkan parut jerawat
  • Hilangkan strechmark untuk wanita hamil
  • Kurangkan berat badan *sesuai untuk journaldiet*
  • Stabilkan PMS *untuk wanita*
  • Baiki pencernaan dan serapan vitamin
  • Lembutkan kulit muka
  • Lindungi kulit muka dari sinaran matahari
  • Tingkatkan tenaga dan daya tahan badan
  • Lindungi tubuh dari kanser

VCO ni boleh diamalkan dengan dua cara :

  1. Makan - makan ubat ni sebiji sekali makan. 2 kali sehari. pagi dan petang.
  2. Muka - boleh sapu kat muka sebelum tido. cucuk pil ni supaya minyak dalam pil tu keluar, pastu sapu kat muka dan biarkan sampai pagi. esok pagi, muka kita takkan berminyak & rasa lembut je.

Setakat ni, VCO ni hanya dapat feedback yang baik-baik dari pelanggan dia. aku tengah try produk ni dalam masa seminggu. setakat ni memang puas hati. jerawat-jerawat aku mula kecut, kesan parut jerawat dulu pon da pudar sikit. Kesannya dapat dilihat dalam tempoh seminggu. hebat kan? masa tengah muda-muda ni jom la jaga badan dengan kulit kita dengan amalkan VCO ni.

Kepada sesiapa yang nak tau lebih info atau nak beli, bolehlah pegi SINI.


KLIK HB KALAU RAJIN :)



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 7 April 2011

Kaki Online Shopping


Aku sebagai perempuan nak mengaku yang aku ni memang kaki shopping. baru la perempuan sejati namanya. hehehe. tiap kali keluar berjalan mesti ade je benda yang aku nak beli. selalunya selendang atau baju. 

Tapi disebabkan selendang aku da penuh kat dalam almari tu, aku stop beli selendang dan fokus kepada baju :)

Kalau time rajin keluar dulu memang cepat je susut duit aku, tapi akhir-akhir ni aku susah sikit nak keluar. mesti korang ingat aku da berjimat sikit kan? maafkan aku sebab kecewakan korang. duit aku tetap mengalir walaupun aku tak keluar sangat. 

Ni semua disebabkan ANGEL ONLINEFASHION. 

Ada apa dengan ANGEL ONLINEFASHION ni?

  • Baju korea yang cantik / comel
  • Harga murah & berpatutan
  • Service terbaik!
  • Berbaloi - baloi


Tapi korang jangan la mengharapkan kualiti baju macam baju mahal-mahal tu. da nama pun baju murah, ala-ala baju pasar malam je. 

Ni antara contoh-contoh baju yang dia jual, comel-comel wa cakap lu :






Banyak lagi baju-baju yang best. pegi la terjah ANGEL ONLINEFASHION ni cuci mata. 
Aku da order baju aku untuk bulan ni. tunggu cik abe bagi duit je.


p/s : jangan lupe suruh bf korang belanja.


KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 10 March 2011

Lelaki vs Perempuan



Macam yang kita sume tau. laki dengan pompuan ni banyak sangat perbezaan. dari segi fizikal dengan mental. sebab tu, banyak sangat perselisihan faham antara lelaki dengan perempuan, sampaikan boleh memutuskan hubungan silaturrahim *clash/cerai/putus kawan*


Masalah yang paling utama sekali, dari segi pemikiran. si lelaki ni jenis pikir ikut jalan highway *straight to the point*, yang si perempuan pulak jenis pikir ikut jalan kampung *putar belit*. sebab tu masalah antara couple-couple macam kat bawah ni selalu berlaku :








Sebab tu perempuan selalu makan hati. tapi ni bukan 100% salah si lelaki. da perempuan ni memang suka menggatal tanye soalan-soalan macam tu *termasuklah aku*. si lelaki tu nak jadi seorang pakwe yang jujur. biasa la, dia ada buat research yang perempuan ni suka lelaki yang jujur. tapi masalahnya, buat research separuh jalan. tu yang jadi macam ni.


Kalau nak hubungan tu bertahan lama, pasangan kena la buat research sikit, saling bertolak ansur macam aku. lepas da berbulan bulan asyik makan hati sorang-sorang, aku buat research, dan jumpa jalan penyelesaian. bila aku menggatal nak tanya soalan yang macam kat atas, aku buat macam ni :



Hah! senang kan? kalau buat macam kat atas, tak de la kita makan hati sorang-sorang lagi. pastu, dapat pulak pujian dari dia macam yang kita nak. best kan?


So ape lagi? fikir-fikirkan dan selamat beramal :)







RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday, 9 March 2011

Skim rumah pertamaku



Perhatian kepada lelaki-lelaki di luar sana yang masih belum ada rumah. jangan lepaskan peluang ni. jom join skim rumah pertamaku ni.


Ciri-ciri orang yang layak join skim ni :
1. Warganegara Malaysia
2. Pembeli rumah pertama
3. Umur tidak melebihi 35 tahun
4. Pendapatan kasar kurang daripada RM3,000 sebulan


lain-lain butiran boleh la baca kat SINI


Malaysia sekarang sangat prihatin dengan rakyatnya. so, apa lagi. jangan lepaskan peluang. takut nanti kalau da ramai sangat mintak, kerajaan akan tutup skim ni. cepat-cepat! jadi orang pertama join skim ni.


p/s :
kepada  cik abe ku tersayang, jangan lupa join jugak tau. nanti kot2 nak kawin awal, nak duk mane nanti?







RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Monday, 7 March 2011

Jom Join Bloglist Blogger Baru!



salam, 


kepada yang nak promote blog, jom kita join BLOGLIST ni.



Ni salah satu cara untuk kita promote blog kita terutama kepada blogger yang follower kurang dari 300.

caranya mudah je :
1. buat entry yang bertajuk "Jom Join Bloglist Blogger Baru!"
2. masukkan gambar comel atas ne dan linkkan kepada INI
3. da siap, letakkan link entry yang kita buat kat SINI

Senang kan? jom la promote blog kat sini ;)






RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Sunday, 6 March 2011

Already taken by her

korang mesti ade pelakon yang korang admire kan?
aku pun camtu gak.
kalau dulu orang tanye sape artis lelaki malaysia pujaan ko?
aku jawab 'tak de'.
tapi skang..... dia adalah QI RAZALI!!!!
aku start minat die bile die jadi pengacara destinasi budget.
even die agak selekeh dengan rambut dan jambang die tu tapi die cool, sempoi.
walaupun die ade sejarah hitam tapi, sume orang buat kesalahan kan?
yang buat aku lagi cair bile die jadi cikgu budi dalam blogger boy.
he's a good actor and host and cute and handsome...
ok ok,cukup!
tak bole nak puji lebih2 sebab die da jadi milik orang lain.
sape lagi kalau bukan YUNA.
sedih? kecewa? nah! aku steady je sebab both of them idola aku.
so, aku happy untuk diorang dan harap ia berkekalan.

ne bukti mereka sudah berpacaran :

* klik untuk tumbesaran



p/s #1 : aku doakan hubungan orang lain berkekalan, tapi, hubungan aku dengan die akan berkekalan ke?
p/s #2 : heartbeat is the best!



RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)