Followers

Saturday, 31 December 2011

Cyberbully


Sape tengok movie kat tv3 pukul 9 pagi 2 hari lepas?
movie ni bertajuk Cyberbully.


Selalunya aku tak layan movie-movie tv3 pukul 9am tu sebab semua cerita pasal fantasi remaja yang semua orang tau ending die hero atau heroin cerita tu akan capai impian dorang.

Tapi cerita ni lain, die banyak pengajaran untuk remaja-remaja yang selalu online atau yang kaki buli.

Jom tengok trailer cerita die :


Konflik die mula bila mak Taylor bagi hadiah laptop untuk hari jadi.
Taylor sign up satu laman sosial ala-ala Facebook, start daripada tu perempuan famous yang macam 'bitch' kutuk die macam-macam secara berkumpulan. tapi dia masih cool lagi.

Taylor start jadi  stress bila ada orang hack akaun dia dan buat macam-macam kat page dia.
Perempuan famous 'bitch' tu start kutuk dia macam-macam kat online sampai terbawa-bawa ke sekolah hinggakan Taylor ni cuba untuk bunuh diri.

Cerita dia memang menarik. di Hollywood, dorang memang banyak terima masalah pelajar bunuh diri sebab tak tahan kena buli.


Kalau tengok kat youtube ada banyak video tentang remaja bunuh diri sebab kena buli.
tapi syukur la kat Malaysia ni jarang dengar masalah macam ni.

Apa-apa pun, janganlah kita jadi pembuli sebab kita tak tahu kesannya terhadap mangsa.
Jadikannya anti buli salah satu azam tahun baru kita.


BTW, Happy New Year :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

10 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kaki buli zmn2 Akak sekolah dulu mmg ada, tapi sesama budak lelaki la.. tak tau la kenapa mereka jd mcm tu? Ada masalah mental kot? Hehe..

Zehan Ilyana said...

cyberbully..bahaya tu..

saya tak pernah kene buli kat sekolah...
:)

Abu Bagi said...

abistu yang nak loncat kat KB mall tu sebb apa..oh lain kes pulak kan..

masalah buli kat barat mmg serius.. kat malaysia ni junor2 kena sayang :) adek2 angkat lagi hahahaha

btw, slmt tahun baru..:D

❁ نور يوسمهانياي ❁ said...

saya tak tengok pun bangun terlambat. huhu.
btw,selamat tahun baru.huhu =D

kindergartenlibrary said...

Nelly tengok ! memang best .. amik pengajaran ^^

Tie HT said...

salam kenal,

eh, rasa macam nak tengok lah :)

Ayen... said...

saye x suke buli org sbb saye sendiri x penah kena buli....hehe.

storyfromme said...

MM : mungkin nak tunjuk kuasa masing2 kot.

TH : negara kita selamat lagi.

abu : 2 kes putus cinta.ta masuk dalam senarai pon.salah sendiri.

nor : selamat tahun baru.

nelly : memang penuh pengajaran cite ni.

tihara : salam kenal :)

ayen : bagus la tu :)

Faizal said...

cerita ini kisah benar..ad seorang bdax pnah dibuli dalm alam cyber nie org mule kutuk2 dia lame2 dia pon bunoh diri.
mereka ad juga yayasan khas untuk cyberbully

oakleyses said...

marc jacobs, ugg pas cher, ugg, louis vuitton, pandora charms, canada goose jackets, canada goose outlet, pandora jewelry, canada goose, swarovski, toms shoes, canada goose uk, moncler uk, thomas sabo, ugg uk, replica watches, louis vuitton, louis vuitton, swarovski crystal, moncler outlet, louis vuitton, hollister, canada goose outlet, supra shoes, canada goose, wedding dresses, moncler, juicy couture outlet, moncler, links of london, canada goose, karen millen uk, montre pas cher, ugg,ugg australia,ugg italia, juicy couture outlet, canada goose outlet, pandora jewelry, doudoune moncler, louis vuitton, ugg,uggs,uggs canada, coach outlet, moncler outlet, moncler, moncler, pandora uk