Followers

Tuesday, 5 April 2011

Ragam Student


Bila da musim exam ni. macam-macam perangai kita boleh jumpa. kadang-kadang tu kita tak sedar yang kita boleh jadi hipokrit atau menjengkelkan orang lain. aku bukan nak mara atau nak mengutuk. tapi ini realiti. cuba korang baca dulu ape aku tulis pastu bagi komen korang. betul ke tak ape yang aku cakap ni.

Deactivate Facebook

Mase da nak exam ni la masing-masing berazam nak deactivate FB. konon nak fokus study bagai. siap buat announcement kat FB nak deactivate tapi....

10 minit kemudian tulis status camni : 

'sebelum aku deactivate FB ni,aku nak ucapkan good luck pada semua.maafkan aku kalau ada salah silap'

20 minit kemudian :

'contact handphone saya kalau ade apa-apa masalah sebab saya nak deactivate FB'

25 minit kemudian :

'bye semua, bye FB, good luck'

30 minit kemudian:

'kenapa FB ni tak deactivate? ade sape-sape boleh bantu?'

32 minit kemudian :

'tolong deactivate FB saya. saya tak reti'

keesokan harinya : 

'good morning semua.mulakan hari yang indah ini untuk fokus study'

Nampak tak? aku bukan nak mara tapi bengang gak la bila home FB aku penuh dengan status deactivate FB, fokus study bagai ni. kadang-kadang tu dorang ni lagi banyak habiskan masa dengan FB daripada study.

Maksud aku, come on la beb, bukan kau sorang je yang nak fokus study. kalau rase FB tu mengganggu, campak laptop tu jauh-jauh. aku tahu aku tak berapa pandai macam kau, malas study sume tapi at least aku takde la buat macam tu.

p/s : 
entry ni hanyalah sebagai teguran dan luahan perasaan. sorry la kalau agak kasar atau membuat orang lain tersinggung :)

KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Saturday, 2 April 2011

Budak UKM Turun Alamanda


Malam 31 mac hari tu, aku keluar makan dengan kawan-kawan UKM. da lame kitorang tak spend time together camne. selalunya kitorang akan keluar makan kat luar, habis makan terus balik UKM. macam takde life je.

Tapi malam tu kitorang keluar alamanda pekena pizza hut dan amek gambar.

Jom enjoy dengan gambar kitorang :)








kepada RAJA SHAIRAH RAJA IZAHAM, jangan jeles :p

p/s : spend time dengan kawan memang best daripada terperap kat dalam bilik hostel :)

JANGAN LUPA KLIK HB :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Friday, 1 April 2011

Aku Kan Kakak


Sebagai anak sulung, kita kena tunjuk contoh yang baik kepada adik-adik kita. kadang-kadang kita kena berkorban untuk adik kita. semua ni memang nampak macam berat sebelah. tapi nak buat macam mane kan.

Aku kan kakak.

Kali ni aku nak cerita tentang kenapa anak sulung selalunya dikategorikan sebagai seorang yang berdikari.

Dulu mase aku kecik-kecik, hampir semua benda aku buat sendiri. beli buku teks sendiri, kemas buku sendiri, macam-macam la. aku ingat lagi dulu mase aku darjah 4, aku da reti beli buku teks sendiri.




Aku tak pernah merungut kena beli buku teks sendiri. balik rumah sakit bahu sebab bawak beg berat penuh dengan buku teks dengan buku latihan.

Tapi bila da besar ni, aku mula tak puas hati bila kejadian ni berlaku :





Kenapa anak bongsu mesti dimanjakan? ape salah kami sebagai anak sulung?

Ini diskriminasi!!!

KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Thursday, 31 March 2011

Happy Birthday


1 APRIL 1986
Tarikh di mana seorang lelaki dilahirkan. 
Dia lah kawan
Dia lah musuh
Dia lah tempat melepaskan tension
Dia lah raja di hatiku *jiwang*

Happy Birthday Sayang
muka mintak pelempang

Happy Birthday
Doakan kami supaya cepat kahwin ye :)

KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)

Wednesday, 30 March 2011

Facebook


Fenomena facebook ni memang meluas ke seluruh dunia. bak kata kawan aku
'sape takde facebook memang loser'. 

Facebook ni ade kebaikan dan keburukannya. tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal kebaikan dan keburukan facebook. aku nak cerita pasal kategori seseorang dalam facebook.

Pengguna facebook ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :
  • Artis
  • Biasa-biasa
  • Loneliness 


Kategori Artis 
banyak terima private message & notification
banyak terima friend request
Kalau yang kategori artis ni kita dapat tengok dari respon-respon status die.
Status die cuma tulis 'good night', pastu berpuluh-puluh orang komen.




Kategori biasa-biasa
notification, private message & friend request yang diterima kurang daripada kategori artis.

Yang kategori biasa pulak, respon terhadap status-status dorang ni biasa-biasa je. dan selalunya yang respon tu kawan rapat dorang je.



Kategori loneliness

takde notification langsung
Kategori loneliness ni tak tau nak cakap ape. dorang tulis la ape pon status dorang tapi tetap takde respon. 
Tension giler beb!

Bagi pendapat korang, korang ni terdiri dari kategori pengguna facebook yang mana satu?


KLIK HB KALAU RAJIN :)


RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)