Hari ni aku nak cite pasal kawan aku. kawan aku ni sayang sangat kat family dia, lagi-lagi mak dia. tiap-tiap minggu mesti nak balik umah, lepak & habiskan masa dengan keluarga. tak macam aku, lagi suke lepak kat UKM, jalan-jalan dengan kawan @ dating.
Kawan aku ni memang sume benda die pentingkan keluarga dulu. family first. kalau kitorang lepak-lepak cite pasal family, dia la yang happy cerita.
Baru-baru ni, mak kawan aku tu meninggal mengejut sebab sakit jantung. takde tunjuk tanda-tanda, pergi macam tu saje. da kuasa Allah kan? sape boleh halang. mula-mula, aku tak dapat pengajaran lagi dari apa yang berlaku kat kawan aku. tapi lama-lama aku mula terpikir, taknak menyesal satu hari nanti.
Sebulan lepas mak kawan aku tu meninggal, kawan aku tu start masuk kelas balik. tapi dia jadi pendiam. pendiam sangat. aku da mula risau. nak ceriakan keadaan. tapi kadang-kadang, aku terlepas cakap.
Aku bukan memeriahkan keadaan, lagi merosakkan keadaan ada la. kesian kawan aku tu.
Sebab tu aku mula pikir, macam mana kalau aku jadi macam kawan aku. da la aku ni jarang balik rumah. kawan aku yang selalu balik rumah tu pon da sedih sangat-sangat. ini kan pulak aku. mesti aku akan hidup dalam keadaan yang menyesal tak sudah sebab masa mak ada, aku tak nak hargai.
Sejak dari tu, tiap-tiap minggu aku balik rumah, tolong mak aku. lantak la orang nak cakap aku anak mak ke, homesick ke. yang penting aku buat benda yang betul.
kepada kawan aku tu, jangan sedih-sedih. kau da buat yang terbaik untuk arwah mak kau. aku yakin mesti mak kau bangga dapat anak macam kau. teruskan hidup demi adik-adik kau. aku sebagai kawan sentiasa ada untuk kau, walaupun tak banyak membantu, tapi aku akan cuba tolong jugak setakat yang aku mampu.
p/s : hargai la ibu kita sebelum terlambat
RAJIN-RAJIN LA LIKE AND TINGGALKAN KOMEN YE ;)